21 Tempat Makan Best Di Langkawi [2022 Updated]

80 / 100

Bila sebut sahaja Langkawi pasti ramai yang terbayang percutian yang serba indah dengan lautan air biru dan pancaran matahari yang menyenangkan. Namun yang paling best sekali ialah harga barangan yang amat murah. Boleh dikatakan memang wajiblah untuk anda membeli set pinggan mangkuk baru ataupun membeli coklat keluaran luar negara. Namun seperti percutian di tempat lain juga, Langkawi diketahui ramai akan makanannya yang enak. 

Tidak mengira jenis kegemaran makanan anda, ianya pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja rambang mata. Untuk mereka yang sedang merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi, anda seharusnya mempunyai tentatif yang lengkap dan ianya juga termasuk sekali tempat makan menarik di Langkawi. Jika anda masih merasa keliru, usah risau kerana kami telah menyenaraikan tempat makan best di Langkawi yang disukai oleh para pelancong dan juga orang tempatan. 

Tempat Makan Best Di Langkawi

1.OMG Restaurant

Sumber: Tripadvisor

Dengan layanan yang bagus serta beraneka jenis makanan, OMG Restaurant menjadi pilihan ramai yang mencari tempat makan best di Langkawi. Malahan anda juga dapat menikmati juadah anda berlatar belakangkan pemandangan laut. Di OMG Restaurant, mereka menyediakan pelbagai jenis makanan barat dan juga tempatan seperti pizza, nasi goreng 101, mee goreng hasil laut dan mee kari. Selain itu mereka juga dikenali ramai dengan menu minuman yang unik yang terdiri daripada jus, mocktail dan smoothie. Pastikan anda mencuba minuman mereka yang diperbuat dengan campuran herba lokal. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu operasi Setiap hari: 10 pagi – 8 malam
Nombor telefon +6049650300

2. Nasi Dagang Pak Malau

Sumber: Tripadvisor

Untuk mereka yang amat menggemari nasi dagang pastikan anda singgah di kedai nasi dagang pak malau. Dengan harganya yang murah serta suasana pemandangan sawah dan gunung , ianya pasti kemuncak percutian anda. Rasa nasi dagang di kedai Pak Malau amat sedap dan tidak hairanlah ianya sering dikunjungi pengunjung. Yang paling penting sekali, anda tidak perlu bercuti sehingga ke Terengganu untuk merasa masakan enak ini.

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi
Waktu operasi Rabu hingga Isnin: 8 pagi – 2 petang.Ditutup pada hari Selasa
Nombor telefon +60122711977

3. Restoran Kak Yan Nasi Campur

Sumber: Tripadvisor

Restoran Kak Yan Nasi Campur terkenal dengan masakan melayu seperti lauk pauk, kerabu bonok dan ulam ulaman. Disebabkan lokasinya yang strategik dan juadah yang pelbagai, restoran ini sering dipenuhi dengan orang ramai. Oleh itu pastikan anda datang awal untuk mengelakkan daripada kehabisan makanan, terutamanya pada waktu tengah hari. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu operasi Setiap hari: 11 pagi – 4 petang
Nombor telefon +601127187928

4. Desa Permata Ikan Bakar

Sumber: Facebook

Untuk mereka yang mencari kedai makan sedap di langkawi yang menyediakan aneka makanan laut, anda harus kunjungi Desa Permata Ikan Bakar. Ramuan yang mereka gunakan adalah segar dan berkualiti tinggi. Namun harga yang ditawarkan jauh murah  berbanding tempat makan lain. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi No. 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Kuah, 07000 Langkawi
Waktu operasi Rabu hingga Isnin: 5 petang – 12 tengah malam. Ditutup pada hari Selasa
Nombor telefon +60195678369

5. Artisans Pizza Cafe

Percutian anda ke Langkawi pasti tidak lengkap jika anda tidak singgah di Artisans Pizza Cafe. Restoran ini terletak di lokasi yang amat strategik, berdekatan dengan pantai dan juga hotel. Jika anda meminati sajian barat, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan. Ianya juga menjadi pilihan utama pelancong luar, menjadikannya antara tempat makan yang best di Langkawi. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Lot 1230, Jalan Pantai Cenang, Langkawi 07000 Malaysia
Waktu operasi Setiap hari: 11 pagi – 12 tengah malam 
Nombor telefon +60124771232

6.Halim GP Gulai Panas Airport

Sumber: Tripadvisor

Bagi mereka yang meminati masakan melayu terutamanya lauk pauk , kari dan ulam ulaman, anda wajib singgah di Halim GP Gulai Panas Airport. Kedai makan ini yang diketahui ramai antara yg sedap di Langkawi terkenal dengan menu gulainya. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi No. 4 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi
Waktu Setiap hari:  6 petang – 12 tengah malam 
Nombor telefon +6049559376

7. Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam

Sumber: Tripadvisor

Memilih tempat makan sewaktu percutian boleh menjadi sukar sekiranya setiap orang mempunyai kesukaan yang berlainan. Usah risau kerana sepinggan nasi ayam dari Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam pasti mampu membuat sesiapa sahaja menyukainya. Makananya yang disajikan di sini lengkap dengan set sup, sos berserta sayuran segar seperti timun dan salad. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 9 pagi – 6 petang. Ahda: 9 pagi – 4 petang. Tutup pada Jumaat
Nombor telefon +60195638320

8. Restoran Makanan Laut Kitta

Terletak di Batu Ara iaitu berhampiran perjalanan ke Oriental Village, Restoran Makanan Laut Kitta menyajikan beraneka sajian laut. Ianya cukup digemari oleh peminat seafood yang inginkan hasil laut yang segar. Sudah tentunya, anda perlu merasai menu mereka diinspirasikan dari cara masakan Thai, Melayu, Cina dan juga barat. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi No 1 Batu Ara, Kuala Teriang Mukim Padang Matsirat 07000 Langkawi
Waktu operasi Setiap hari: 12 tengah hari – 12 tengah malam
Nombor telefon +6049559228

9. Red Tomato Restaurant

Sumber: Facebook

Dimiliki oleh wanita dari negara Jerman, Red Tomato Restaurant menawarkan pelbagai sajian barat untuk pelanggan. Restoran ini juga didekorasi dengan karya seni yang menarik sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga anda di tempat makan ini juga.

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi No. 5 Casa Fina Avenue, Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia
Waktu operasi Setiap hari: 9 pagi – 11 pagi
Nombor telefon +6 049554055

10.Restoran Almaz

Restoran Almaz terletak di Pantai Cenang dan ianya sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap tanpa perlu berbelanja besar. Oleh itu jika anda bercuti dengan bajet yang terhad, anda wajib singgah di kedai ini yang dianggap antara tempat makan best di Langkawi. Menu yang ditawarkan untuk pelanggan ialah nasi goreng, mee serta beraneka roti, pendek kata ianya makanan yang boleh didapati di restoran mamak. Namun semakan di laman sesawang mendapati bahawa tempat makan ini berkemungkinan telah tutup. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
Waktu operasi  Setiap hari: 24 jam 
Nombor telefon Tiada

11.Unkaizen Japanese Restaurant

Sumber: Facebook

Dimiliki oleh keluarga Jepun yang bermastautin di Langkawi, Unkaizen Japanese Restaurant menawarkan pelbagai jenis masakan Jepun yang asli. Dengan rating sebanyak 4.7 bintang di Google, tidak hairanlah tempat makan ini sering dikunjungi oleh pelancong dan orang tempatan. Antara sajian yang anda boleh cuba di sini ialah sushi, sashimi, makanan laut yang dipanggang dengan arang serta mee soba. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Lot 395 Jalan Telok Baru Pantai Tengah 07000 Langkawi Kedah Malaysia
Waktu Operasi Setiap hari kecuali Rabu: 6 petang – 11 malam
Nombor telefon +6049554118

12.Wan Thai Langkawi Restaurant

Sumber: Facebook

Untuk mereka yang menyukai masakan ala Thai, pastikan anda singgah di Wan Thai Langkawi Restaurant. Terdapat pelbagai makanan yang anda boleh pilih antaranya kerabu mangga, pulut mangga, ayam pandan, sotong goreng tepung dan juga semestinya tomyam. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi No. 80,82 Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu operasi Setiap hari: 11 pagi –3:30 petang, 6:30 petang –10:30 malam
Nombor telefon +6049661214

13. Pia’s the Padi

Sumber: Facebook

Dengan udara yang nyaman dan dikelilingi bukit bukau serta sawah, Pia’s the Padi menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan lagi kedai makan ini juga dibina dengan seni bina konsep terbuka. Masakan hasil tangan chefnya diinspirasikan dari tempatan seperti rendang daging, ayam butter masala dan ikan sambal. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
Waktu operasi Setiap hari: 12 tengah hari -3 petang, 6 petang – 9 malam 
Nombor telefon +60124933713

14. My French Factory

Sumber: Facebook

Berdasarkan namanya, pasti anda boleh meneka menu yang disajikan oleh restoran ini. Jika anda mencari tempat makan best di Langkawi yang menawarkan pencuci mulut, pastikan anda meluangkan masa untuk ke My French Factory. Anda boleh memilih crepe yang berintikan ais krim, Nutella, buah buahan, keju, telur atau ayam. Harga makanan yang ditawarkan adalah serendah RM11. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Ground floor of Langgura Baron Resort Jalan Pantai Cenang 07000, Langkawi Kedah, Malaysia
Waktu Sabtu hingga Khamis: 11 pagi – 11 malam
Nombor telefon +6049555196

15.HBL Food Corner

Sumber: Foursquare

Makanan tengah hari anda pasti tidak lengkap jika anda tidak ke HBL food Corner.  Tempat makan di Langkawi ini menawarkan deretan sajian lauk pauk dan kuih muih yang terhidang panas di atas meja. Harga makanannya juga amat murah sesuai untuk mereka yang tidak mahu berbelanja banyak. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Kampung Lubok Dalam, 07000 Langkawi
Waktu operasi Ahad hingga Khamis: 10 pagi – 4.30 petang
Nombor telefon Tiada

16. Jom Ikan Bakar

Sumber: Tripadvisor

Makanan laut terutamanya ikan bakar pastinya tidak berapa murah. Usah risau, jika anda ingin merasai sajian ikan bakar yang enak dan murah, singgah di Jom Ikan Bakar. Mereka menawarkan sajian asli masakan melayu, oleh itu tidak hairanlah ianya sering dikunjungi pengunjung pada waktu tengah hari. Selain itu, ruang makan yang tersedia amat luas juga.

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi
Waktu operasi Setiap hari: 10 pagi – 5 petang
Nombor telefon +60125075173

17. Medan Selera Nelayan Bukit Malut

Sumber: Foursquare

Setelah anda penat bersnorkeling atau menghabiskan masa seharian melawat tempat-tempat menarik di Langkawi, kunjungi Medan Selera Nelayan Bukit Malut untuk makan malam. Tempat makannya amatlah luas dan pengunjung juga boleh berjalan-jalan di sekitar kawasannya. Kami sarankan anda mengunjungi restoran ini awal dalam anggaran jam 6 petang kerana terdapat ramai pelanggan pada waktu malam. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi Setiap hari: 6 petang – 12 tengah malam 
Nombor telefon Tiada

18. Laksa Ikan Sekoq

Apabila sebut sahaja Pulau Langkawi pasti kebanyakkan orang teringat Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang. Mereka juga menawarkan pelbagai makanan lain seperti laksa sotong sekoq, bihun sup teruna, nasi ayam karet, dan airport cendol pulut. Warung yang terletak di tepi jalan ini juga berhadapan dengan laut, oleh itu pengunjung dapat merasa angin sepoi-sepoi sewaktu makan.

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
Waktu operasi Setiap hari: 12 tengah hari – 7 malam
Nombor telefon Tiada

19.Selera Lubuk Buaya

Sumber: Tripadvisor

Selera Lubuk Buaya terletak berdekatan dengan lokasi utama dan juga Pantai Cenang serta Pantai Tengah. Ianya sesuai bagi anda seisi keluarga yang ingin mengisi perut dengan masakan Melayu. Tempat makan ini juga menjadi pilihan pelancong luar dan tempatan yang ingin merasa makanan sedap dengan harga yang murah. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Lot 9659, KG PDG Putih Jalan Pantai Tengah, Langkawi Malaysia
Waktu operasi Setiap hari: 7 pagi – 10 malam 
Nombor telefon +60175739649

20.Restoran Seashells

Sumber: Tripadvisor

Jika anda tidak pernah menjamah makanan di sekitar kawasan jelapang padi, Restoran Seashells sudah pasti tentunya menjadi pengalaman pertama anda. Tidak seperti tempat makan lain di Langkawi, mereka menawarkan menu makanan Padang dan juga Melayu. Terdapat sesetengah makanannya mempunyai saiz hidang yang besar, oleh itu anda juga boleh berkongsi bersama orang lain. Suasana di tempat ini cukup sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga anda. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi Setiap hari: 1 petang –3 petang, 6 petang – 8 petang
Nombor telefon +6049553581

21. Hafiz Rojak

Sumber: Foursquare

Apabila anda berada di Pantai Kok, jangan lupa untuk singgah di kedai Hafiz Rojak. Kesedapan makanan yang ditawarkan di sini diakui oleh pelancong dan juga warga tempatan. Anda juga boleh menikmati juadah lain seperti nasi lemak, rojak buah, pasembur, laksa, cendol dan juga mee rebus. 

Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini

Lokasi Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu operasi Setiap hari kecuali Rabu: 2 petang – 7.30 petang
Nombor telefon +60124892334