31 Tempat Makan Best Di Langkawi [2023 Updated]
Bila sebut sahaja Langkawi pasti ramai yang terbayang percutian yang serba indah dengan lautan air biru dan pancaran matahari yang menyenangkan. Namun yang paling best sekali ialah harga barangan yang amat murah. Boleh dikatakan memang wajiblah untuk anda membeli set pinggan mangkuk baru ataupun membeli coklat keluaran luar negara. Namun seperti percutian di tempat lain juga, Langkawi diketahui ramai akan makanannya yang enak.
Tidak mengira jenis kegemaran makanan anda, ianya pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja rambang mata. Untuk mereka yang sedang merancang untuk bercuti di Pulau Langkawi, anda seharusnya mempunyai tentatif yang lengkap dan ianya juga termasuk sekali tempat makan menarik di Langkawi. Jika anda masih merasa keliru, usah risau kerana kami telah menyenaraikan tempat makan best di Langkawi yang disukai oleh para pelancong dan juga orang tempatan.
Contents
Tempat Makan Best Di Langkawi
1.OMG Restaurant
Dengan layanan yang bagus serta beraneka jenis makanan, OMG Restaurant menjadi pilihan ramai yang mencari tempat makan best di Langkawi. Malahan anda juga dapat menikmati juadah anda berlatar belakangkan pemandangan laut. Di OMG Restaurant, mereka menyediakan pelbagai jenis makanan barat dan juga tempatan seperti pizza, nasi goreng 101, mee goreng hasil laut dan mee kari. Selain itu mereka juga dikenali ramai dengan menu minuman yang unik yang terdiri daripada jus, mocktail dan smoothie. Pastikan anda mencuba minuman mereka yang diperbuat dengan campuran herba lokal.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia |
Waktu operasi | Setiap hari: 10 pagi – 8 malam |
Nombor telefon | +6049650300 |
2. Nasi Dagang Pak Malau
Untuk mereka yang amat menggemari nasi dagang pastikan anda singgah di kedai nasi dagang pak malau. Dengan harganya yang murah serta suasana pemandangan sawah dan gunung , ianya pasti kemuncak percutian anda. Rasa nasi dagang di kedai Pak Malau amat sedap dan tidak hairanlah ianya sering dikunjungi pengunjung. Yang paling penting sekali, anda tidak perlu bercuti sehingga ke Terengganu untuk merasa masakan enak ini.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Rabu hingga Isnin: 8 pagi – 2 petang.Ditutup pada hari Selasa |
Nombor telefon | +60122711977 |
3. Restoran Kak Yan Nasi Campur
Restoran Kak Yan Nasi Campur terkenal dengan masakan melayu seperti lauk pauk, kerabu bonok dan ulam ulaman. Disebabkan lokasinya yang strategik dan juadah yang pelbagai, restoran ini sering dipenuhi dengan orang ramai. Oleh itu pastikan anda datang awal untuk mengelakkan daripada kehabisan makanan, terutamanya pada waktu tengah hari.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari: 11 pagi – 4 petang |
Nombor telefon | +601127187928 |
4. Desa Permata Ikan Bakar
Untuk mereka yang mencari kedai makan sedap di langkawi yang menyediakan aneka makanan laut, anda harus kunjungi Desa Permata Ikan Bakar. Ramuan yang mereka gunakan adalah segar dan berkualiti tinggi. Namun harga yang ditawarkan jauh murah berbanding tempat makan lain.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | No. 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Kuah, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Rabu hingga Isnin: 5 petang – 12 tengah malam. Ditutup pada hari Selasa |
Nombor telefon | +60195678369 |
5. Artisans Pizza Cafe
Percutian anda ke Langkawi pasti tidak lengkap jika anda tidak singgah di Artisans Pizza Cafe. Restoran ini terletak di lokasi yang amat strategik, berdekatan dengan pantai dan juga hotel. Jika anda meminati sajian barat, pastikan anda tidak melepaskan peluang ini kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan. Ianya juga menjadi pilihan utama pelancong luar, menjadikannya antara tempat makan yang best di Langkawi.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Lot 1230, Jalan Pantai Cenang, Langkawi 07000 Malaysia |
Waktu operasi | Setiap hari: 11 pagi – 12 tengah malam |
Nombor telefon | +60124771232 |
6.Halim GP Gulai Panas Airport
Bagi mereka yang meminati masakan melayu terutamanya lauk pauk , kari dan ulam ulaman, anda wajib singgah di Halim GP Gulai Panas Airport. Kedai makan ini yang diketahui ramai antara yg sedap di Langkawi terkenal dengan menu gulainya. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dan murah.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | No. 4 Jalan Lapangan Terbang, Kampung Bukit Nau, 07100 Langkawi |
Waktu | Setiap hari: 6 petang – 12 tengah malam |
Nombor telefon | +6049559376 |
7. Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam
Memilih tempat makan sewaktu percutian boleh menjadi sukar sekiranya setiap orang mempunyai kesukaan yang berlainan. Usah risau kerana sepinggan nasi ayam dari Restoran Pak Hj Ya Nasi Ayam pasti mampu membuat sesiapa sahaja menyukainya. Makananya yang disajikan di sini lengkap dengan set sup, sos berserta sayuran segar seperti timun dan salad.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 82-98, Persiaran Mutiara 2, Pusat Perdagangan Kelana Mas, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Isnin hingga Khamis dan Sabtu: 9 pagi – 6 petang. Ahda: 9 pagi – 4 petang. Tutup pada Jumaat |
Nombor telefon | +60195638320 |
8. Restoran Makanan Laut Kitta
Terletak di Batu Ara iaitu berhampiran perjalanan ke Oriental Village, Restoran Makanan Laut Kitta menyajikan beraneka sajian laut. Ianya cukup digemari oleh peminat seafood yang inginkan hasil laut yang segar. Sudah tentunya, anda perlu merasai menu mereka diinspirasikan dari cara masakan Thai, Melayu, Cina dan juga barat.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | No 1 Batu Ara, Kuala Teriang Mukim Padang Matsirat 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari: 12 tengah hari – 12 tengah malam |
Nombor telefon | +6049559228 |
9. Red Tomato Restaurant
Dimiliki oleh wanita dari negara Jerman, Red Tomato Restaurant menawarkan pelbagai sajian barat untuk pelanggan. Restoran ini juga didekorasi dengan karya seni yang menarik sesuai untuk mereka yang gemar bergambar. Jangan lupa untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga anda di tempat makan ini juga.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | No. 5 Casa Fina Avenue, Pantai Cenang, Langkawi, Malaysia |
Waktu operasi | Setiap hari: 9 pagi – 11 pagi |
Nombor telefon | +6 049554055 |
10.Restoran Almaz
Restoran Almaz terletak di Pantai Cenang dan ianya sering kali menjadi pilihan utama bagi mereka yang inginkan makanan yang sedap tanpa perlu berbelanja besar. Oleh itu jika anda bercuti dengan bajet yang terhad, anda wajib singgah di kedai ini yang dianggap antara tempat makan best di Langkawi. Menu yang ditawarkan untuk pelanggan ialah nasi goreng, mee serta beraneka roti, pendek kata ianya makanan yang boleh didapati di restoran mamak. Namun semakan di laman sesawang mendapati bahawa tempat makan ini berkemungkinan telah tutup.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari: 24 jam |
Nombor telefon | Tiada |
11.Unkaizen Japanese Restaurant
Dimiliki oleh keluarga Jepun yang bermastautin di Langkawi, Unkaizen Japanese Restaurant menawarkan pelbagai jenis masakan Jepun yang asli. Dengan rating sebanyak 4.7 bintang di Google, tidak hairanlah tempat makan ini sering dikunjungi oleh pelancong dan orang tempatan. Antara sajian yang anda boleh cuba di sini ialah sushi, sashimi, makanan laut yang dipanggang dengan arang serta mee soba.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Lot 395 Jalan Telok Baru Pantai Tengah 07000 Langkawi Kedah Malaysia |
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Rabu: 6 petang – 11 malam |
Nombor telefon | +6049554118 |
12.Wan Thai Langkawi Restaurant
Untuk mereka yang menyukai masakan ala Thai, pastikan anda singgah di Wan Thai Langkawi Restaurant. Terdapat pelbagai makanan yang anda boleh pilih antaranya kerabu mangga, pulut mangga, ayam pandan, sotong goreng tepung dan juga semestinya tomyam.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | No. 80,82 Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, 07000 Kuah Langkawi 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia |
Waktu operasi | Setiap hari: 11 pagi –3:30 petang, 6:30 petang –10:30 malam |
Nombor telefon | +6049661214 |
13. Pia’s the Padi
Dengan udara yang nyaman dan dikelilingi bukit bukau serta sawah, Pia’s the Padi menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tambahan lagi kedai makan ini juga dibina dengan seni bina konsep terbuka. Masakan hasil tangan chefnya diinspirasikan dari tempatan seperti rendang daging, ayam butter masala dan ikan sambal.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari: 12 tengah hari -3 petang, 6 petang – 9 malam |
Nombor telefon | +60124933713 |
14. My French Factory
Berdasarkan namanya, pasti anda boleh meneka menu yang disajikan oleh restoran ini. Jika anda mencari tempat makan best di Langkawi yang menawarkan pencuci mulut, pastikan anda meluangkan masa untuk ke My French Factory. Anda boleh memilih crepe yang berintikan ais krim, Nutella, buah buahan, keju, telur atau ayam. Harga makanan yang ditawarkan adalah serendah RM11.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Ground floor of Langgura Baron Resort Jalan Pantai Cenang 07000, Langkawi Kedah, Malaysia |
Waktu | Sabtu hingga Khamis: 11 pagi – 11 malam |
Nombor telefon | +6049555196 |
15.HBL Food Corner
Makanan tengah hari anda pasti tidak lengkap jika anda tidak ke HBL food Corner. Tempat makan di Langkawi ini menawarkan deretan sajian lauk pauk dan kuih muih yang terhidang panas di atas meja. Harga makanannya juga amat murah sesuai untuk mereka yang tidak mahu berbelanja banyak.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Kampung Lubok Dalam, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Ahad hingga Khamis: 10 pagi – 4.30 petang |
Nombor telefon | Tiada |
16. Jom Ikan Bakar
Makanan laut terutamanya ikan bakar pastinya tidak berapa murah. Usah risau, jika anda ingin merasai sajian ikan bakar yang enak dan murah, singgah di Jom Ikan Bakar. Mereka menawarkan sajian asli masakan melayu, oleh itu tidak hairanlah ianya sering dikunjungi pengunjung pada waktu tengah hari. Selain itu, ruang makan yang tersedia amat luas juga.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari: 10 pagi – 5 petang |
Nombor telefon | +60125075173 |
17. Medan Selera Nelayan Bukit Malut
Setelah anda penat bersnorkeling atau menghabiskan masa seharian melawat tempat-tempat menarik di Langkawi, kunjungi Medan Selera Nelayan Bukit Malut untuk makan malam. Tempat makannya amatlah luas dan pengunjung juga boleh berjalan-jalan di sekitar kawasannya. Kami sarankan anda mengunjungi restoran ini awal dalam anggaran jam 6 petang kerana terdapat ramai pelanggan pada waktu malam.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Bukit Malut, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari: 6 petang – 12 tengah malam |
Nombor telefon | Tiada |
18. Laksa Ikan Sekoq
Apabila sebut sahaja Pulau Langkawi pasti kebanyakkan orang teringat Laksa Ikan Sekoq yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang. Mereka juga menawarkan pelbagai makanan lain seperti laksa sotong sekoq, bihun sup teruna, nasi ayam karet, dan airport cendol pulut. Warung yang terletak di tepi jalan ini juga berhadapan dengan laut, oleh itu pengunjung dapat merasa angin sepoi-sepoi sewaktu makan.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari: 12 tengah hari – 7 malam |
Nombor telefon | Tiada |
19.Selera Lubuk Buaya
Selera Lubuk Buaya terletak berdekatan dengan lokasi utama dan juga Pantai Cenang serta Pantai Tengah. Ianya sesuai bagi anda seisi keluarga yang ingin mengisi perut dengan masakan Melayu. Tempat makan ini juga menjadi pilihan pelancong luar dan tempatan yang ingin merasa makanan sedap dengan harga yang murah.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Lot 9659, KG PDG Putih Jalan Pantai Tengah, Langkawi Malaysia |
Waktu operasi | Setiap hari: 7 pagi – 10 malam |
Nombor telefon | +60175739649 |
20.Restoran Seashells
Jika anda tidak pernah menjamah makanan di sekitar kawasan jelapang padi, Restoran Seashells sudah pasti tentunya menjadi pengalaman pertama anda. Tidak seperti tempat makan lain di Langkawi, mereka menawarkan menu makanan Padang dan juga Melayu. Terdapat sesetengah makanannya mempunyai saiz hidang yang besar, oleh itu anda juga boleh berkongsi bersama orang lain. Suasana di tempat ini cukup sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama keluarga anda.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari: 1 petang –3 petang, 6 petang – 8 petang |
Nombor telefon | +6049553581 |
21. Hafiz Rojak
Apabila anda berada di Pantai Kok, jangan lupa untuk singgah di kedai Hafiz Rojak. Kesedapan makanan yang ditawarkan di sini diakui oleh pelancong dan juga warga tempatan. Anda juga boleh menikmati juadah lain seperti nasi lemak, rojak buah, pasembur, laksa, cendol dan juga mee rebus.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari kecuali Rabu: 2 petang – 7.30 petang |
Nombor telefon | +60124892334 |
22. Restoran Siti Fatimah
Restoran ini menawarkan makanan sedap di Langkawi 2023 termasuk tempe, petai dan bronok. Ia terkenal di kalangan para pelancong lalu menyebabkan ia semakin sibuk dan sesak terutamanya pada waktu makan tengah hari. Tapi inilah waktu terbaik untuk menikmati makanan segar yang masih panas. Kerana pada sekitar pukul 2 petang, banyak lauk-pauk yang habis. Restoran ini melayani pelanggannya dengan baik, suasana ia juga cukup selesa pada harga yang berpatutan menjadikan ia salah satu tempat makan best di Langkawi.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Batu 5 ¼, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan Mata Air, Ulu Melaka, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari (8am – 4pm) |
Nombor telefon | 012-573 5227 |
23. Tanjung Tirai View Cafe
Pemandangan lautan yang luas menjadi santapan mata kepada pelanggan yang kunjung ke restoran ini. Lokasi romantis ini mempunyai matahari terbenam, menjadikan ia sesuai bagi pasangan kekasih. Walaupun hiasanya biasa-biasa sahaja, layanannya amat baik. Tempoh masa makanan disiapkan semuanya dikira cemerlang. Ia dianggap tempat makan best di Langkawi bagi pelanggan yang menyukai makanan laut. Di sini, anda dapat menjamu ramuan gaya tempatan, dihidangkan bersama minuman pelbagai rasa.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Kompleks Jeti Pelancongan Kuah, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Setiap hari (5pm – 12am) |
Nombor telefon | 019-417 2345 |
24. Kaki Gunung Café
Bisnes ini bermula secara kecil-kecilan menjual rempeyek dan air kelapa segar, perniagaannya turut mulai berkembang. Tempat makan best di Langkawi ini menawarkan pelbagai jenis menu termasuk barat dan Arab. Makanan Arab yang paling dikenali adalah ayam dan kambingnya yang lembut dan segar sekali. Selain daripada rasanya yang sedap dan harga yang murah, Kaki Gunung Café juga menyediakan banyak kerusi dan meja bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Sabtu – Khamis (11am – 11pm), ditutup pada hari Jumaat |
Nombor telefon | 017-406 6176 |
25. Restoran Padang Pasir
Jika anda ingin menikmati sarapan pagi di Langkawi yang enak sekali, menuju ke Restoran Padang Pasir yang terletak berhampiran Hotel Citin. Selain daripada pilihan rotinya, tempat makan best ini menyediakan nasi kandar asli yang lazat. Ia dibuka selama 24 jam setiap hari, jadi, anda boleh makan di sini dengan keluarga atau rakan-rakan bila-bila masa sahaja.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 21, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Dibuka 24 jam setiap hari |
Nombor telefon | 04-966 6786 |
26. Santai @ Kuza & Luke Café
Makanan yang dihidangkan di restoran ini menjanjikan citarasa Asia dengan penuh gaya dan menarik. Tempat makan best di Langkawi ini mempunyai suasana kedai yang cantik, kemas sera selesa. Begitu juga dengan layanan yang ditawarkan. Semuanya diberikan dengan baik oleh pemilik dan pekerja restoran.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 132, Jalan Pantai Kok, Kg. Batu Ara, Kampung Batu Ara, 07000 Langkawi |
Waktu operasi | Rabu – Isnin (5:30pm – 11:30pm), ditutup pada hari Selasa |
Nombor telefon | 04-955 2702 |
27. EE Burger
Perut mula mengidamkan burger untuk makan malam? Lekaslah cuba burger di EE Burger. Nikmatilah makan malam best di Langkawi di restoran ini yang menyediakan burger istimewa. Ia terkenal dengan Lamb Burger yang cukup lembut dan juicy isinya. Memang puas bila dinikmati!
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari kecuali Rabu (5 pm – 12 am) |
Nombor telefon | 012-476 6614 |
28. Nasi Campur Top BBQ
Singgah di Nasi Campur Top BBQ yang terletak di Kuah untuk menikmati daging bakar yang terlembut dan terenak di Langkawi. Terdapat bermacam-macam jenis lauk yang dibakar yang boleh anda cubai seperti ikan bakar, ayam bakar dan kambing baka. Dijamin enak!
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | 111, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari (8 am – 6 pm) |
Nombor telefon | 012-457 1280 |
29. Restoran Selera Kampung
Satu lagi tempat makan best di Langkawi yang menyajikan masakan kampung yang wajib anda cuba adalah Restoran Selera Kampung yang terletak di Jalan Padang Matsirat ini. Restoran ini terkenal dengan aneka jenis lauk-pauk berasaskan masakan kampung yang dihidangkan. Antara yang boleh anda tambah ke dalam pinggan ialah ikan bakar, ayam masak merah, ulam ulaman kampung dan banyak lagi.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari (8 am – 4.30 pm) |
Nombor telefon | 019-828 2025 |
30. Arang Langkawi
Terletak di Jalan Teluk Baru ialah Arang BBQ & Grill yang menghidangkan makanan grill dan BBQ. Ia memang antara tempat makan best di Langkawi oleh kerana suasana dan sekelilingnya yang nyaman dan relaxing, dan yang paling penting, makanan yang sedapnya. Menu yang ditawarkan termasuk makanan grill seperti ikan bakar, udang bakar dan sotong bakar. Dapat juga salad, harissa dan nasi Mediterranean yang amat digemari oleh ramai.
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jl. Teluk Baru, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari (2pm-12am) |
Nombor telefon | 04-952 3111 |
31. Yasmin Syrian Restaurant
Yasmin Syrian Restaurant merupakan sebuah restoran Arab yang sangat berbeza dari restoran Arab yang sering kita kunjungi di kota. Ia membawa vibe yang lebih santai dan selesa kerana lokasinya yang berdekatan dengan tepi pantai. Tempat makan best di Langkawi ini menawarkan nasi Arab kegemaran seperti nasi mandi, nasi kabsah, maquba dan sebagainya. Anda juga dapat merasai makanan grill dan sandwich seperti shish tawook, kebab da shawarma. Jangan lupa menikmati kopti Turki atau teh pudina Arabnya yang baik sekali!
Untuk makluman lebih lanjut sila klik pautan ini
Lokasi | Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu operasi | Setiap hari (12pm-12am) |
Nombor telefon | 019-449 5081 |