tempat menarik langkawi

Lawati 37 Tempat Menarik Langkawi Ini! (2023)

83 / 100

Bagi penggemar alam semulajadi, pulau lagenda Langkawi merupakan destinasi percutian yang tidak asing lagi buat para pelancong tempatan dan juga luar negara. Terletak di bahagian utara Malaysia, pulau ini menerima kunjungan sekitar 3 juta pelancong setiap tahun!

Jika anda sedang merancang percutian untuk tahun 2023 ini, jangan lupa untuk masukkan Pulau Langkawi dalam senarai percutian anda kerana pulau ini memang sangat sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur. Dari kanak-kanak sehingga la orang dewasa, anda pasti dapat mencipta seribu satu memori terindah sepanjang percutian anda di sini.

Pulau yang dikelilingi landskap gunung-ganang dan lautan biru yang terbentang luas ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti sukan air, hiking dan pelbagai tempat bersejarah yang wajib anda kunjungi! Tak perlu pening kepala lagi, di sini kami dah senaraikan tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Langkawi untuk memudahkan perancangan percutian anda. Jom kita lihat!

Contents

Senarai 37 Tempat Menarik Langkawi Yang Boleh Anda Lawati

tempat menarik langkawi

1. Paradise 101

Kebanyakan rakyat Malaysia pasti tahu mengenai kewujudan pulau eksklusif yang serba mewah ini. Buat yang tidak tahu, Paradise 101 merupakan pulau persendirian (private island) yang terletak di Langkawi. Pulau buatan manusia yang mula dikenali sejak tahun 2015 ini, merupakan hasil impian Dr. Ravi Ponniah – seorang doktor perubatan yang kini dikenali sebagai usahawan pelancongan yang terkenal.

Terletak di sebelah barat laut Langkawi, tempat menarik langkawi ini menawarkan pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dinikmati oleh semua peringkat umur. Antara aktiviti yang disyorkan di sini ialah aktiviti zipline melintasi Lautan Andaman sejauh 70 meter, kayak, jet ski dan parasailing. Buat penggemar aktiviti lasak, anda boleh cuba kursus rintangan di atas air laut di Aqua Park, taman tema miniatur ala Ninja Warrior ini pasti akan buat anda teruja!    

2. Taman Marin Pulau Payar

Pulau ini terletak kira-kira 17km dari Pulau Langkawi dan ia merupakan pulau yang terhasil daripada tiga gugusan pulau kecil. Meskipun saiz pulau ini agak kecil jika dibandingkan dengan pulau-pulau lain, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Di tempat menarik langkawi ini, anda berpeluang untuk menerokai dan berinteraksi bersama hidupan laut yang amat menakjubkan. Tak perlu risau kalau anda tidak mempunyai pengalaman scuba diving sebelum ini kerana anda akan ditemani oleh para jurulatih skuba yang sangat berpengalaman dan mesra yang sedia untuk memberi anda pengalaman di dasar laut yang tidak boleh dilupakan! Selain itu, aktiviti snorkeling juga disediakan di sini dan amat sesuai buat kanak-kanak untuk melihat dan mengenali hidupan laut dengan lebih dekat.

3. Splash Out Langkawi

Tahukah anda, taman tema air yang berkeluasan sekitar 12 ekar ini merupakan taman tema air pertama di Langkawi? Terletak di Bandar Kuah dan hanya lebih kurang 16km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, taman tema yang direka khas dengan seni bina ala cerita dongeng dahulu kala ini menyediakan lebih 12 tarikan istimewa yang menjadi kegilaan ramai pengunjung. 

Antara tarikan istimewa di Splash Out Langkawi ialah Ragin’ Racers yang merupakan gelongsor curam dengan kelajuan 50km/jam, Splash-Tacular, Shipwreck Falls, Splash Twister, Poseidon’s Revenge, Perfect Storm, Big Splash Kingdom dan banyak lagi aktiviti yang dijamin akan memberikan anda pengalaman adrenalin rush yang luar biasa! Taman tema ini juga lengkap dengan restoran, kafe, kiosk, tandas, loker, surau dan sebagainya. Tunggu apa lagi? Bawa seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan anda ke sini. Mereka pasti teruja! 

tempat menarik langkawi

4. Morac Adventure Park

Anda peminat go-kart? Morac Adventure Park ini memang dicipta khas buat peminat tegar go-kart seperti anda! Di sini, anda dapat merasai pengalaman go-kart yang bukan calang-calang tau. Kalau anda nak tahu, Morac Adventure Park ini dimiliki dan diuruskan oleh pelumba percubaan F1, Fairuz Fauzy dan juga pelumba GT terkenal Jepun, Genji Hashimoto. Jadi, tak disangkal lagi la kenapa peminat go-kart berpusu-pusu datang ke sini kerana nak merasai pengalaman go-kart yang bertaraf antarabangsa. 

Litar yang panjangnya sekitar 1.5km dan mempunyai 12 selekoh ini, direka khas untuk anda ambil feel seperti sedang berlumba di litar F1 Sepang. Go-kart yang digunakan di sini adalah jenis Sodikart SR4 yang merupakan jenama buatan Perancis yang dikatakan cukup ringan dan selesa. Tidak cukup dengan itu, pencapaian anda pada setiap lap akan dicatatkan dan boleh disemak melalui telefon atau emel yang telah didaftarkan. International level sangat kan! 

5. Makam Mahsuri

Terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Padang Matsirat, tempat yang sarat dengan sejarah lagenda Mahsuri ini merupakan salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi di pulau ini.

Kota Mahsuri ini telah dibina semula untuk dijadikan tempat kunjungan para pelancong yang ingin mempelajari sejarah pulau ini dengan lebih terperinci. Tempat menarik langkawi ini dilengkapi dengan muzium, teater klasik dan sebuah rumah tradisional yang masih dikekalkan sehingga hari ini kerana seni bina nya yang unik dan sarat dengan unsur tradisional budaya Melayu. Selain itu, terdapat juga sebuah perigi lama di sini yang digelar sebagai Perigi Mahsuri. Kenali siapa Mahsuri dan cerita beliau yang menyayat hati di sini.

6. Dataran Lang

Percutian anda di sini tidak akan lengkap jika anda tidak berkunjung ke Dataran Lang, yang merupakan mercu tanda Langkawi ini. Tempat menarik langkawi ini merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi para pelancong yang ingin bergambar dengan berlatarbelakangkan arca burung helang gergasi yang amat terkenal di sini.

Kenapa burung helang? Berdasarkan bahasa Melayu klasik, ‘kawi’ bermaksud perang yang kemerahan, manakala ‘lang’ pula bermaksud ‘helang’. Maka, nama Langkawi sebenarnya bermaksud burung helang yang berwarna perang kemerahan. Selain itu, anda juga boleh berjalan di sekitar dataran ini sambil menikmati pemandangan indah di Kuah Bay.

tempat menarik langkawi

7. Kilim Geoforest Park

Kilim Geoforest Park merupakan salah satu tempat menarik langkawi. Ia berkeluasan sekitar 100 kilometer per segi ini merupakan taman geologi yang pertama di rantau Asia Tenggara! Ia merupakan tempat warisan geologi purba, keajaiban alam semulajadi yang tidak terkira banyaknya dan menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna.

Terletak di sebelah timur Pulau Langkawi dan kira-kira 20 minit dari Bandar Kuah, Kilim Geoforest Park merupakan rumah kepada hutan bakau yang luas dan pembentukan batu kapur gergasi purba yang timbul sejak 500 juta tahun dahulu. Keindahan Kilim terletak pada sumber geologi, biologi dan budaya semulajadi yang pelbagai dengan nilai warisan yang tinggi. Ia juga unik kerana ia adalah satu-satunya tempat di Malaysia di mana seseorang boleh mencari kewujudan bersama ekosistem karst pantai dan bakau.

8. Ayer Hangat Village

Selepas berjam-jam melakukan aktiviti sukan air dan makan angin sekitar Langkawi, pastinya badan anda akan mula terasa letih. Inilah masa yang sangat sesuai untuk anda recharge badan anda and hilangkan segala keletihan di spa air panas semulajadi di Ayer Hangat Village!

Kawasan telaga air panas Ayer Hangat ini agak terpencil dari hiruk-piruk kota raya dan suasananya yang amat tenang dan mendamaikan jiwa memang sangat sesuai untuk anda berehat bersama keluarga. Selain dari sumber air panas, tempat menarik langkawi ini juga terdapat beberapa jakuzi dan spa kesihatan seperti spa air panas yang mengandungi garam semulajadi yang boleh membantu menghilangkan sakit sendi. Tahukah anda, hanya sedikit bilangan spa air garam semulajadi di dunia ini? Salah satunya boleh ditemui di Langkawi!

9. Sky Bridge Langkawi

Selain daripada arca helang gergasi di Dataran Lang, Sky Bridge juga merupakan salah satu mercu tanda yang amat terkenal di pulau ini. Tahukah anda, tempat menarik langkawi tersebut merupakan jambatan melengkung pejalan kaki yang terpanjang di dunia? Inilah sebabnya kenapa begitu ramai pelancong dari dalam dan luar negara berpusu-pusu ingin melawati pulau tropikal ini.

Lokasi Sky Bridge yang sepanjang 125 meter dan terletak di atas puncak Gunung Mat Cincang iaitu puncak kedua tertinggi di Pulau Langkawi ini membolehkan anda untuk menikmati kecantikan panorama ‘Permata Kedah’ ini dari sudut yang sangat menarik. Kebiasaannya, pelancong perlu menaiki SkyCab atau kereta kabel dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke puncak. 

tempat menarik langkawi

10. Underwater World Langkawi

Jika anda sedang merancang aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama anak-anak, Underwater World Langkawi merupakan lokasi yang pastinya akan membuatkan seluruh ahli keluarga anda tersenyum keriangan! Beroperasi sejak tahun 1995, akuarium yang menempatkan pelbagai spesis hidupan laut ini memang sangat terkenal di kalangan pelancong yang datang ke sini.

Di tempat menarik langkawi tersebut, anda perlu berjalan melalui terowong tembus pandang sepanjang 15 meter di mana anda dapat melihat pelbagai jenis hidupan marin yang eksotik. Akuarium ini juga mengandungi hampir 500,000 liter air laut bagi memelihara hidupan laut di sini. Antara hidupan marin yang menjadi tumpuan pengunjung adalah penguin, jerung, ikan pari, anjing laut, penyu, udang kara dan sebagainya. Lokasi nya juga sangat mudah diakses & terletak berdekatan dengan Pantai Cenang.

11. Langkawi Wildlife Park

Lagi satu destinasi menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak-anak kecil, ialah Langkawi Wildlife Park. Tempat menarik langkawi ini merupakan tempat lawatan yang sangat ideal untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kanak-kanak dengan aktiviti sentuhan dan berinteraksi bersama haiwan kegemaran! Lokasi yang berkonsepkan taman haiwan ini dahulunya dikenali sebagai Langkawi Bird Paradise.

Di sini, pengunjung bukan sahaja dapat melihat haiwan-haiwan liar dan burung eksotik dengan lebih dekat, malah berpeluang untuk merasai pengalaman berinteraksi bersama beberapa spesis haiwan yang telah dilatih oleh pakar di sini. Sebagai ibu bapa, bolehlah anda ambil peluang ini untuk memperkenalkan spesis-spesis haiwan yang ada di sini kepada anak-anak, sekali gus memanfaatkan percutian anda sekeluarga dengan aktiviti yang berkualiti.

12. Crocodile AdventureLand Langkawi

Dengar sahaja nama taman buaya pastinya membuatkan anda terasa sedikit gerun bukan? Tapi bila lagi anda dapat peluang untuk melihat haiwan liar ini secara dekat kalau bukan di Crocodile AdventureLand Langkawi? Tempat menarik langkawi tersebut menempatkan lebih kurang 4000 ekor buaya dan merupakan taman buaya terbesar di Malaysia. 

Di sini juga terdapat seekor buaya tembaga yang diberi nama Bujang Lang yang merupakan seekor buaya peliharaan antara yang terbesar di dunia dan beratnya menjangkau sehingga 1 tan! Taman buaya ini turut mempunyai pertunjukan yang pasti akan membuatkan anda terpegun dan cemas tatkala melihat pekerja di sini melakukan aksi lagak ngeri dengan ‘mencium’ hidung buaya dan memasukkan tangan ke dalam mulut buaya. Anda juga dapat lihat secara live bagaimana mereka memberi makan buaya-buaya di sini dan lihat sendiri kemampuan haiwan liar ini untuk melonjak tinggi untuk membaham bangkai ayam yang tergantung. Ngeri!

 13. Air Terjun Temurun

Air Terjun Temurun yang terletak di Datai Bay ini merupakan air terjun 3 tingkat yang tertinggi di Langkawi. Tempat menarik langkawi tersebut berasal dari aliran air sungai di sebelah utara Gunung Mat Cincang. Batuan yang terdapat di kawasan air terjun ini dikatakan telah berusia mencecah 500 juta tahun.

Laluan di dalam hutan rimba Gunung Mat Cincang yang disediakan sepanjang perjalanan ke kawasan air terjun ini juga cukup mesra pengunjung, lengkap dengan beberapa buah gazebo untuk anda berehat sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sekeliling anda. Masa terbaik untuk lawati air terjun ini hanya ketika musim hujan iaitu dari bulan September – Oktober.

14. SkyTrex Adventure Langkawi

Khas buat penggemar aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal serta mental yang tinggi, SkyTrex Adventure merupakan lokasi yang paling sesuai untuk anda kunjungi. Selain daripada melakukan aktiviti lasak yang mempunyai tahap cabaran yang berbeza, anda juga boleh lepaskan segala tekanan dengan menyertai aktiviti jungle trekking di sini. Bila dikelilingi rimbunan pohon hijau dan udara yang segar, semua masalah boleh hilang dalam sekelip mata, kan!

Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menyertai cabaran Island Extreme – para peserta akan diuji dengan pelbagai peringkat halangan yang agak sukar dan mampu mencabar kekuatan fizikal dan mental. Try at your own risk! Selain itu, SkyTrex Adventure juga ada menyediakan beberapa aktiviti yang sesuai buat kanak-kanak seperti Little Legend Adventure dan Flying Fox.

15. Pulau Beras Basah

Kalau dah sampai di Pulau Langkawi, aktiviti island hopping memang wajib dilakukan, baru la lengkap percutian anda di sini. Dalam banyak-banyak pantai yang ada di sini, Pulau Beras Basah merupakan lokasi persinggahan yang sangat terkenal di kalangan pelancong untuk melihat keindahan hidupan marin dan terumbu karang di sini.

Air laut di tempat menarik langkawi tersebut sangat jernih dan anda dapat lihat bayangan terumbu karang dan juga kelibat-kelibat ikan berenang di dasarnya. Di Pulau Beras Basah, anda juga boleh lakukan aktiviti lain seperti banana boat ride dan kayak. Pulau ini terletak kira-kira 20 km dari pulau besar Langkawi dan anda perlu menaiki bot untuk ke sini.

16) Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan salah sebuah pantai di Langkawi yang strategik. Oleh kerana lokasinya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Pesisiran Pantai ini sungguh cantik dan indah, termasuk pasirnya yang putih sekali. Bukan itu sahaja, air lautnya yang membiru pasti membuatkan anda tidak sabar-sabar untuk mandi manda ataupun selam snorkel. Kawasan tepi pantai yang landai itu juga amat sesuai untuk kanak-kanak yang suka mandi manda kerana ombaknya tidak kuat. 

17) 3D Art in Paradise Langkawi

Jika anda obses dengan bergambar dan berswafoto dalam situasi yang menarik, apa kata anda terokai 3D Art in Paradise Langkawi ini yang terletak berdekatan dengan stesen Sky Cab Langkawi. Tempat menarik Langkawi ini pasti membuatkan anda terhibur sepanjang hari. Destinasi ini merupakan muzium 3D yang terbesar di Malaysia dan juga yang kedua terbesar di dalam dunia. Terdapat lebih daripada 100 ilustrasi mural 3D dalam 9 zon yang berlainan temanya, masa 2 jam anda di sini pasti berlalu dengan begitu cepat sekali. Proses menyiapkan setiap lukisan 3D yang indah di sini melibatkan 23 pelukis berbakat yang berbeza dan unik persembahannya. 

18) Pantai Tanjung Rhu

Walaupun tak sepopular Pantai Cenang, Pantai Tanjung Rhu menyerlah jika hendak dibandingkan dari aspek kecantikan pasir pantai dan air lautnya. Seterusnya, tempat menarik Langkawi ini juga tidaklah terlalu sesak dengan kehadiran pelancong. Anda dicadangkan untuk ku Pantai Rhu pada waktu pagi dan ketika air laut sedang surut. Anda boleh berjalan kaki sehingga ke tengah-tengahnya dan ketika ini, anda seperti sedang melalui 2 buah pantai yang berbeza yang terletak di kini serta kanan anda. 

19) SkyTrex Adventure Langkawi

Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti lasak yang memerlukan daya tahan fizikal serta mental, tempat menarik Langkawi ini mesti anda kunjungi. Umumnya, terdapat 3 jenis laluan berhalang di udara yang berbeza dari segi tahap cabarannya dan kegayatannya iaitu Little Legend Adventure, Eagle Thrill serta Island Extreme. Aktiviti yang terlibat bukan sahaja memanjat tangga secara menegak ke puncak pokok, merentasi laluan dari pokok ke pokok, malah terdapat juga aktiviti flying fox yang lebih mengujakan untuk pelancong seperti anda rasai sendiri. 

20) Galeria Perdana

Indah dan mewah seperti sebuah istana raja, tempat menarik Langkawi ini amat disyorkan untuk pelancong yang berminat dengan kesenian, sejarah, serta barangan klasik. Dekorasi dalam Galeria Perdani memang cukup memukau dan banyak menerapkan konsep seni bina negara Morroco dan tempatan. Mendongak ke silingnya yang dihiasi lampu elegan persis sejambak bunga ros yang mekar dan disekelilingnya pula wujud taburan ukiran geometri yang pelbagai motif, pasti akan membuatkan anda kagum dengan keindahannya. 

21) Taman Agroteknologi MARDI Langkawi

Konsep di Taman Agroteknologi MARDI di Langkawi seperti juga di Cameron Highlands. Anda berpeluang melawat ladang buah-buahan seluas 14 hektar yang menempatkan lebih 20 jenis pokok buah-buahan tropika tempatan, contohnya nangka, tembikai susu, jambu, nenas, belimbing, dan lain-lain. Setiap lawatan akan diketuai oleh seorang jurupanda yang akan membawa anda melawat kawasan ladang ini dengan tram sambil menerangkan informasi tentang pokok-pokok di sini. 

22) UMGAWA Zipline Eco Adventure

Jika anda muda pada jiwa dan kental pada hati, apa kata anda mengunjungi tempat menarik Langkawi ini yang boleh anda mencabar tahan keberanian jiwa raga. Terletak berhampiran dengan Telaga Tujuh Langkawi, destinasi ini menyediakan 13 kabel zipline yang berpanjang 200m di mana yang bertaraf dunia dan pasti memberi pengalaman yang bakal anda rasai di sini adalah unik berbanding di tempat lain. 

23) Air Terjun Telaga Tujuh 

Seperti terukir pada namanya, destinasi ini dinamakan sedemikian oleh kerana air terjunnya yang terbentuk daripada 7 pecahan telaga semulajadi dan ini merupakan sebuah fenomena alam yang unik sekali untuk anda terokai. Untuk menuju ke kawasan utama air terjun ini, anda perlu berjalan kaki dan mendaki sekitar 638 anak tangga. Jumlah anak tangga ini adalah 2 kali ganda lebih banyak berbanding di Batu Caves yang hanya mempunyai 272 anak tangga. Jika anda ingin lakukan aktiviti kardio seperti tersebut, cubalah ke sini. 

24) Pulau Payar Marine Park

Tempat menarik Langkawi ini terletak di tenggara pulau utama Langkawi dan terkenal sebagai destinasi terbaik di Pulau Langkawi untuk melihat hidupan marin. Di sini juga terdapat pelbagai pantai berpasir yang amat sesuai untuk berkelah. Air pantainya sangat jernih membiru di mana anda dapat melihat taburan terumbu karang serta hidupan marin dari atas permukaan airnya. Kalau bernasib baik, dapatlah anda melihat ikan yu yang sangat mesra dan tidak takut dengan kehadiran manusia. 

25) Taman Legenda Pulau Langkawi 

Taman ini terletak berhampiran dengan Jeti Kuah. Kalau ada masa terluang sementara menunggu feri, bolehlah anda datang ke taman yang dianggap sebagai tempat menarik  Langkawi ini untuk sesi bergambar ataupun tenangkan fikiran. Destinasi ini mempunyai landskap taman yang cantik dan indah serta mempunyai beberapa binaan yang berkonsepkan sejarah dan kesenian. Bagi peminat fotografi, anda dicadangkan untuk terokai Taman Legenda Langkawi ini untuk mengambil gambar yang kreatif kerana banyak suasana sekeliling dan subjek menarik untuk anda memanfaatkan. 

26) Kompleks Kraf Langkawi 

Kompleks Kraf Langkawi merupakan sebuah destinasi membeli belah terbaik di Pulau Langkawi. Sekiranya anda ingin membeli barangan kraftangan untuk dijadikan cenderahati ataupun mungkin sebagai koleksi peribadi, datanglah ke sini. Rata-rata hasil kraftangan di sini dihasilkan oleh penduduk berbakat setempat dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Di sini, anda dapat berbelanja untuk tujuan yang baik. 

27) Upsido Langkawi Upside Down House

Jika anda seorang peminat bergambar dan berswafoto, terokai sahaja Rumah Terbalik Langkawi ini yang terletak di Padang Matsirat. Tempat menarik Langkawi ini menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan hiasan yang semuanya diletakkan terbalik. Bawalah anak-anak anda ke destinasi yang ada tarikan kreatif sebegini. Di dalam rumah terbalik ini, anda boleh bergambar di kawasan ruang tamu, beberapa bilik tidur serta ruangan bilik air yang mempunyai dekorasi terbalik yang amat kreatif. 

28) Island Horses

Pernahkah anda cuba menunggang kuda? Jika tidak, apa kata anda terokai Island Horses ini? Di tempat menarik Langkawi ini, anda dapat cuba menunggang kuda sama ada di tepi pantai, dalam hutan ataupun di kawasan berbukit melalui trail ke Air Terjun Telaga Tujuh. Anda tentukan sendiri. Kekuda yang terdapat di sini bukan setakat baka kuda padi sahaja, malah terdapat juga bakat kuda yang diimport dari luar negara seperti Argentina yang sering digunakan untuk acara perlumbaan profesional dan endurance tournament.

29) Buffalo Park

Buffalo Park ini merupakan labang kerbau yang bersistematik. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai ladang ternakan malah turut menjadi salah satu tempat menarik di Langkawi di kalangan pelancong. Di sini, anda bukan sahaja dapat melihat kerbau, malah juga dapat merasai pengalaman memberi makan dan menunggu kerbau. Yang menarik sekali adalah jualan makanan & produk tenusu kerbau yang boleh anda rasai seperti susu kerbau, dadih, cheese mozzarella, aiskrim & sebagainya. Destinasi menarik sebegini, sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak atau pelajar sekolah lawati kerana banyak pengisisan ilmunya. Harga tiket masuk pun murah, makanan juga unik & sedap, memang kombinasi terbaik. Jika anda mencari tempat menarik di Pulau Langkawi yang unik & tiada di kawasan bandar, Buffalo Park adalah salah satu destinasi yang perlu anda terjah.

30) Darul Aman Santuari

Darul Aman Santuari merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang baru & sangat disyorkan untuk pelancong yang gemarkan aktiviti seperti bird watching, jungle trekking & sebagainya. Umumnya, aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan di Darul Aman Santuari lebih menjurus kepada tarikan yang mendekatkan diri dengan flora & fauna. Santuari ini terletak bersebelahan dengan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi & merangkumi kawasan hutan simpan yang sangat luas berdekatan kaki Gunung Raya.Di dalam kawasan hutan santuari ini, terdapat denai hutan yang telah disiapkan untuk kemudahan pengunjung menerokai flora fauna di sini. Antara spesis haiwan yang menjadi tarikan utama di sini adalah burung enggang, rama-rama, monyet hutan & sebagainya. Di sepanjang perjalanan meredah hutan ini, anda juga akan dibekalkan binokular atau teropong untuk memerhati burung-burung & binatang yang jauh di atas pokok.

31) Telaga Harbour Marina

Seperti tersurat pada namanya, tempat menarik di Langkawi ini merupakan sebuah pelabuhan kecil yang menempatkan banyak kapal layar mewah yang berlabuh. Jika anda mencari tempat menarik sekitar Pulau Langkawi untuk fotografi, destinasi ini adalah salah satu yang perlu diterokai. Subjek-subjek seperti kapal layar, kawasan jeti & landskap sekeliling, pasti akan memberikan anda banyak idea untuk merakam sekeping foto yang menarik untuk dijadikan koleksi peribadi.Memandangkan lokasi & geografinya berada di barat Pulau Langkawi, maka suasana matahari terbenam di sini pada waktu petang sangat jelas serta menarik untuk anda menikmati keindahan panorama langit jingga di ufuk barat. Berdekatan pelabuhan ini, terdapat stesen minyak Petronas yang sesuai untuk anda jadikan R&R sambil-sambil menikmati suasana petang bersama keluarga.

32) Faizy Crystal Glass Blowing

Untuk lebih mendalami cara pembuatan kristal, sangat disyorkan untuk anda lawati Faizy Crystal Glass Blowing yang terletak tidak jauh dari Pantai Pasir Hitam. Masuk pun percuma sahaja. Tarikan utama di sini bukan hanya terletak pada jualan barangan kristalnya sahaja, malah anda juga berpeluang melihat staf di sini menghasilkan kristal yang cantik tetapi sangat rumit pembikinannya. Memang sangat mengujakan untuk anda melihat aktiviti pembuatan kristal ini kerana ianya melibatkan permainan haba yang tinggi suhunya & kemahiran tangan yang sangat tinggi ketelitiannya.Destinasi ini sudah lama bertapak di Langkawi sejak tahun 2002 lagi & sangat disyorkan untuk sesiapa sahaja datang menerokai keunikan pembuatan kristal. Tidak banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan aktiviti sebegini selain di Rembau, Negeri Sembilan.

33) Beras Terbakar

Tempat menarik di Langkawi ini terkenal sebagai salah tempat bersejarah di Langkawi yang berkait dengan kisah zaman dahulu kala. Dahulunya, ketika berlaku peperangan antara Langkawi dengan kerajaan Siam, ketua perang tentera Langkawi telah mengarahkan penduduk setempat untuk kumpulkan semua hasil padi & dibakar supaya tidak jatuh ke tangan musuh. Kesan beras terbakar telah dijumpai & anda boleh melihat tapaknya di sini. Terdapat juga sampel di dalam bekas kaca yang menunjukkan padi hitam akibat terbakar. Tidak banyak tarikan bersejarah lain di sini melainkan anda boleh membaca informasi yang dipamerkan & melihat bekas tapaknya sahaja. Terdapat juga sebuah rumah tradisional di sini yang menjadi sebahagian tarikan untuk pelancong bergambar. Selain melihat kesan sejarah berkaitan padi terbakar, anda juga boleh membeli belah di pasar ala bazar berdekatan yang menjual produk-produk seperti barangan kraftangan, kain tradisional, cenderahati & juga makanan-makanan santai.

34) Gunung Raya

Gunung Raya merupakan tempat yang mendamaikan dan indah tanpa bunyi kenderaan. Tempat menarik di Langkawi ini jauh daripada gangguan yang biasanya dialami di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Cuaca di puncak gunung ini juga lebih nyaman dan baik serta udaranya yang segar sekali. Datanglah ke sini untuk nikmati pemandangan matahari terbenam dari ketinggian 881m di atas paras laut.

35) Hutan Lipur Air Terjun Temurun

Adakah anda terkejut apabila mengetahui terdapat beberapa pilihan air terjun untuk mandi-manda di Langkawi? Air Terjun Hutan Lipur Temurun merupakan air terjun paling tinggi di pulau ini. Singgah dan kunjungilah ke sini untuk merasai sendiri ketenangan tempat yang masih terpelihara alam dan flora sekiranya anda sudah sampai di sini. Kawasan di sini juga bersih terjaga dengan air sejuk yang menyamankan.

36) Tasik di Pulau Dayang Bunting

Selepas mandi manda di pantai dan air terjun, kami cadangkan kepada anda untuk pergi ke Pulau Dayang Bunting. Pulau kedua terbesar selepas Langkawi adalah Pulau Dayang Bunting. Ia terletak kira-kira 15 minit perjalanan atau 17.5 kilometer dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Di sini juga terdapat satu kawasan mandi manda yang memberikan pengalaman lebih tenteram dan tenang. Airnya pula sejuk dan jernih.

37) Kompleks Haji Ismail Group (HIG)

Tempat menarik di Langkawi ini merupakan destinasi membeli-belah yang wajib disinggah kerana ia merupaka sebuah lokasi sehenti yang dikenali dalam kalangan pelancong. Jika anda mahu memborong coklat, kompleks ini menjual semuanya dengan harga yang murah disebabkan tiada cukai yang dikenakan. Selepas pulang nanti, boleh jadikan buah tangan untuk keluarga dan rakan-rakan.

Kunjungilah Tempat Menarik Di Langkawi, Pasti Anda Jatuh Hati

Pulau ini sungguh kaya dengan khazanah alam semula jadi yang indah. Tidak hairanlah badan UNESCO PBB mengiktiraf ia sebagai pusat rujukan geopark peringkat Asia pasifik. Bukan sahaja tempat tempat menarik di sini, makannya juga banyak pilihan untuk anda cuba.

By Elizabeth Travel